Pages

QALAM SUFI

Qalam hari ini : Didiklah jiwa menjadi tabah, setabah Bilal dan Sumayyah...dan ketahuilah bahawa sesungguhnya ketabahan itu bermula dengan kesabaran...

Familiku...

Familiku...
Abang, syifa' dan syafi pembakar semangat Umi

Friday, October 5, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Msia...Jom tambah ilmu!

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

            Malam tadi, saya menelaah buku Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.  Mula-mula, saya meneliti ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan bersama.  Menurut beliau, Pelan ini dijana adalah untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.  Transformasi pendidikan perlu untuk murid agar mampu menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke 21.  Bukan sekadar menambah bilangan guru dan kakitangan tetapi menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih dinamik.  Beberapa perubahan turut dilakukan iaitu aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah dan pendekatan pengoperasian kementerian.

           Maka, berdasarkan ucapan beliau, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh guru-guru terutamanya diri saya.  Penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik terhadap murid perlu dilaksanakan dengan bijak dan sistematik.  Perancangan, alat bantu mengajar dan latihan hendaklah sesuai dengan keperluan generasi abad 21.  Penerapan HOT Skills adalah sangat penting bagi menyediakan murid yang mahir dalam bidang kemahirannya berbekalkan modal intelektual yang tinggi.

6 comments:

  1. Macammana dengan cikgu plak? ada good news??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada,ada...nanti tunggu siri 2 Pelan ini k

      Delete
    2. Dalam Pelan, ada disebut dalam anjakan ke 4 iaitu 'Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan'-mngukuhkan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi. Bukan lagi bergantung kepada tempoh perkhidmatan.Kenaikan dari DG 41 ke 54 akan disingkatkan.Look, wait and see k...

      Delete
  2. Terer...
    Tegok gaya macm muda lagi..dah oun dpt guru crmrlang..kami ni dah tua pun tak cemerlang lgi... Boleh kasi tip tak

    ReplyDelete
  3. kenapa le aku tak mintak guru duluOctober 7, 2012 at 12:32 AM

    Guru nie kakitangan kerajaan yg istimewa. Bnyk imbuhan dn peluang : kenalah keja kuat banyak

    ReplyDelete
  4. kenape le tak mintak jadi guru dulu, minatkn adaOctober 7, 2012 at 12:45 AM

    Guru nie kakitangan yg istimewa, byk peluang dan imbuhan: kene le buat keje kuat banyak

    ReplyDelete

Sila beri komen anda...