Malam tadi, saya menelaah buku Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Mula-mula, saya meneliti ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan bersama. Menurut beliau, Pelan ini dijana adalah untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Transformasi pendidikan perlu untuk murid agar mampu menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke 21. Bukan sekadar menambah bilangan guru dan kakitangan tetapi menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih dinamik. Beberapa perubahan turut dilakukan iaitu aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah dan pendekatan pengoperasian kementerian.
Maka, berdasarkan ucapan beliau, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh guru-guru terutamanya diri saya. Penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik terhadap murid perlu dilaksanakan dengan bijak dan sistematik. Perancangan, alat bantu mengajar dan latihan hendaklah sesuai dengan keperluan generasi abad 21. Penerapan HOT Skills adalah sangat penting bagi menyediakan murid yang mahir dalam bidang kemahirannya berbekalkan modal intelektual yang tinggi.
Macammana dengan cikgu plak? ada good news??
ReplyDeleteAda,ada...nanti tunggu siri 2 Pelan ini k
DeleteDalam Pelan, ada disebut dalam anjakan ke 4 iaitu 'Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan'-mngukuhkan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi. Bukan lagi bergantung kepada tempoh perkhidmatan.Kenaikan dari DG 41 ke 54 akan disingkatkan.Look, wait and see k...
DeleteTerer...
ReplyDeleteTegok gaya macm muda lagi..dah oun dpt guru crmrlang..kami ni dah tua pun tak cemerlang lgi... Boleh kasi tip tak
Guru nie kakitangan kerajaan yg istimewa. Bnyk imbuhan dn peluang : kenalah keja kuat banyak
ReplyDeleteGuru nie kakitangan yg istimewa, byk peluang dan imbuhan: kene le buat keje kuat banyak
ReplyDelete