Cikgu, hakikatnya kini, gelaran transformer itu benar-benar dianugerahkan kepada diri kita. Kitalah rupa-rupanya transformer yang akan merubah anak didik zaman Y ini menjadi seorang yang mempunyai minda dan kudrat dengan pelbagai kepakaran (cross-speacialist). Kursus-kursus dan 'training' nampaknya bertalu-talu diberikan kepada kita oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keluhan demi keluhan kedengaran dalam arena juang pendidikan ini...
Cikgu, serius ingin kukatakan bahawa sesungguhnya kita berada dalam arus perubahan pendidikan yang sangat mendadak. Pusing kanan, KSSR, pusing kiri PBS, pandang atas 'abad 21'. Kita tidak boleh beralih arah. Nak tak nak, kita kena laksanakannya. Kita bukan tak kuat, kita sebenarnya sentiasa bertenaga. Cuma kita rasa agak penat kerana kita menongkah arus sebagai transformer ini dek kerana kedangkalan ilmu Transformasi Pendidikan dan pengalaman tentangnya. Memanglah, kita kan masih baru mengenalinya...
Jangan takut cikgu, jangan mudah berputus asa. Kita masih belajar ilmu itu dan akan terus belajar. Mula-mula memanglah banyak sangat nak kena buat. Yalah, start from zero..kita buat sama-sama. Kalau ada bahan, lampiran, dan lain-lain, kongsikan bersama. Barulah datang rasa semangat bekerja, hati pun rasa tenang sedikit kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Cukup setakat ini...salamun alaikum!;)
Berat tau tugas cikgu nie..tapi banyak sangat dokumentasi kene wat.tu yang penat tu
ReplyDeleteWalaubagaimanapun, moga Allah permudahkan semua kerja kita dan dikurniakan kudrat yang tinggi. Moga semuanya dikira sebagai ibadah...
DeleteSyabas! seorang guru agama yg berpandangan jauh
ReplyDeleteYeke...syukran!
DeleteMak dan abah merasa bangga mendapat seorang anak yang gigih memajukan diri sendiri dan untuk kebaikan orang lain. Terus cita citamu
ReplyDeleteMak dan abah,
DeleteTerima kasih atas sokongan..ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik..
Transformasi adalah infiniti sehingga ke hari qiamat. Ia ibarat seni yg membina satu jatidri. Harunginya dgn penuh pola kegigihan. siapa kata ustaz dan ustazah tak berinteratif. Maasalamah waamanillah.
ReplyDeleteTerima kasih 'cuba teka',
DeleteDoa dan keazaman ku pasak di jiwa,
Asalkan ilmu penuh di dada,
Mehnah dalam perjuangan ku harungi jua,
Salam perkenalan padamu di sana,
Alam maya penyalur wacana,
Bertukar fikiran mencambah minda,
Moga diberkati Allah hendaknya...