Pages

QALAM SUFI

Qalam hari ini : Didiklah jiwa menjadi tabah, setabah Bilal dan Sumayyah...dan ketahuilah bahawa sesungguhnya ketabahan itu bermula dengan kesabaran...

Familiku...

Familiku...
Abang, syifa' dan syafi pembakar semangat Umi

Thursday, October 4, 2012

Coretan cikgu : Cikgu..bersediakah jadi 'transformer?'

           Keghairahan satu ketika dahulu terhadap cerita kartun transformer kini mula bertukar realiti.  Tatkala itu, transformer yang disanjung hanyalah animasi.  Kita juga tika itu selalu berangan-angan....'wah, bestnya kalau aku jadi transformer!' Ya, transformer itu digambarkan sebagai robot-robot yang sangat gagah sehingga menampakkan mereka sebagai hero dalam medan perjuangan.

          Cikgu, hakikatnya kini, gelaran transformer itu benar-benar dianugerahkan kepada diri kita. Kitalah rupa-rupanya transformer yang akan merubah anak didik zaman Y ini menjadi seorang yang mempunyai minda dan kudrat dengan pelbagai kepakaran (cross-speacialist).  Kursus-kursus dan 'training' nampaknya bertalu-talu diberikan kepada kita oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keluhan demi keluhan kedengaran dalam arena juang pendidikan ini...

          Cikgu, serius ingin kukatakan bahawa sesungguhnya kita berada dalam arus perubahan pendidikan yang sangat mendadak.  Pusing kanan, KSSR, pusing kiri PBS, pandang atas 'abad 21'. Kita tidak boleh beralih arah. Nak tak nak, kita kena laksanakannya.  Kita bukan tak kuat, kita sebenarnya sentiasa bertenaga.  Cuma kita rasa agak penat kerana kita menongkah arus sebagai transformer ini dek kerana kedangkalan ilmu Transformasi Pendidikan dan pengalaman tentangnya.  Memanglah, kita kan masih baru mengenalinya...

          Jangan takut cikgu, jangan mudah berputus asa. Kita masih belajar ilmu itu dan akan terus belajar.  Mula-mula memanglah banyak sangat nak kena buat.  Yalah, start from zero..kita buat sama-sama. Kalau ada bahan, lampiran, dan lain-lain, kongsikan bersama.  Barulah datang rasa semangat bekerja, hati pun rasa tenang sedikit kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Cukup setakat ini...salamun alaikum!;)

       
         
          

8 comments:

  1. Berat tau tugas cikgu nie..tapi banyak sangat dokumentasi kene wat.tu yang penat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaubagaimanapun, moga Allah permudahkan semua kerja kita dan dikurniakan kudrat yang tinggi. Moga semuanya dikira sebagai ibadah...

      Delete
  2. Syabas! seorang guru agama yg berpandangan jauh

    ReplyDelete
  3. Mak dan abah merasa bangga mendapat seorang anak yang gigih memajukan diri sendiri dan untuk kebaikan orang lain. Terus cita citamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak dan abah,

      Terima kasih atas sokongan..ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik..

      Delete
  4. Transformasi adalah infiniti sehingga ke hari qiamat. Ia ibarat seni yg membina satu jatidri. Harunginya dgn penuh pola kegigihan. siapa kata ustaz dan ustazah tak berinteratif. Maasalamah waamanillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 'cuba teka',
      Doa dan keazaman ku pasak di jiwa,
      Asalkan ilmu penuh di dada,
      Mehnah dalam perjuangan ku harungi jua,
      Salam perkenalan padamu di sana,
      Alam maya penyalur wacana,
      Bertukar fikiran mencambah minda,
      Moga diberkati Allah hendaknya...

      Delete

Sila beri komen anda...