Pages

QALAM SUFI

Qalam hari ini : Didiklah jiwa menjadi tabah, setabah Bilal dan Sumayyah...dan ketahuilah bahawa sesungguhnya ketabahan itu bermula dengan kesabaran...

Familiku...

Familiku...
Abang, syifa' dan syafi pembakar semangat Umi

Friday, October 5, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Msia...Jom tambah ilmu!

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

            Malam tadi, saya menelaah buku Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.  Mula-mula, saya meneliti ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan bersama.  Menurut beliau, Pelan ini dijana adalah untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.  Transformasi pendidikan perlu untuk murid agar mampu menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke 21.  Bukan sekadar menambah bilangan guru dan kakitangan tetapi menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih dinamik.  Beberapa perubahan turut dilakukan iaitu aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah dan pendekatan pengoperasian kementerian.

           Maka, berdasarkan ucapan beliau, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh guru-guru terutamanya diri saya.  Penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik terhadap murid perlu dilaksanakan dengan bijak dan sistematik.  Perancangan, alat bantu mengajar dan latihan hendaklah sesuai dengan keperluan generasi abad 21.  Penerapan HOT Skills adalah sangat penting bagi menyediakan murid yang mahir dalam bidang kemahirannya berbekalkan modal intelektual yang tinggi.

Thursday, October 4, 2012

Coretan cikgu : Cikgu..bersediakah jadi 'transformer?'

           Keghairahan satu ketika dahulu terhadap cerita kartun transformer kini mula bertukar realiti.  Tatkala itu, transformer yang disanjung hanyalah animasi.  Kita juga tika itu selalu berangan-angan....'wah, bestnya kalau aku jadi transformer!' Ya, transformer itu digambarkan sebagai robot-robot yang sangat gagah sehingga menampakkan mereka sebagai hero dalam medan perjuangan.

          Cikgu, hakikatnya kini, gelaran transformer itu benar-benar dianugerahkan kepada diri kita. Kitalah rupa-rupanya transformer yang akan merubah anak didik zaman Y ini menjadi seorang yang mempunyai minda dan kudrat dengan pelbagai kepakaran (cross-speacialist).  Kursus-kursus dan 'training' nampaknya bertalu-talu diberikan kepada kita oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keluhan demi keluhan kedengaran dalam arena juang pendidikan ini...

          Cikgu, serius ingin kukatakan bahawa sesungguhnya kita berada dalam arus perubahan pendidikan yang sangat mendadak.  Pusing kanan, KSSR, pusing kiri PBS, pandang atas 'abad 21'. Kita tidak boleh beralih arah. Nak tak nak, kita kena laksanakannya.  Kita bukan tak kuat, kita sebenarnya sentiasa bertenaga.  Cuma kita rasa agak penat kerana kita menongkah arus sebagai transformer ini dek kerana kedangkalan ilmu Transformasi Pendidikan dan pengalaman tentangnya.  Memanglah, kita kan masih baru mengenalinya...

          Jangan takut cikgu, jangan mudah berputus asa. Kita masih belajar ilmu itu dan akan terus belajar.  Mula-mula memanglah banyak sangat nak kena buat.  Yalah, start from zero..kita buat sama-sama. Kalau ada bahan, lampiran, dan lain-lain, kongsikan bersama.  Barulah datang rasa semangat bekerja, hati pun rasa tenang sedikit kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Cukup setakat ini...salamun alaikum!;)